Ini selaras dengan perkembangan penggunaan smart phone yang meningkat 4 kali ganda sejak tahun 2010. Bagi seorang peniaga, apakah peluang yang boleh diambil daripada situasi yang bakal berlaku ini?
Dari Komputer Menjadi Mobil
Pada tahun 2013, majoriti pengguna internet akan melawati laman web bisnes kita menggunakan smart phone yang berada dalam tangan mereka. Sekiranya laman web tidak dioptimasikan dengan laman mobil yang mesra pengguna, kita seperti membuang pelanggan secara sukarela.Mereka akan beralih ke laman web lain, yang mempunyai fungsi mobile site. Kerana ia lebih mudah untuk:
- Proses navigasi.
- Melihat maklumat produk keperluan.
- Serta melakukan pembelian dengan beberapa klik sahaja.
Fokus Utama Bisnes Untuk Terus Memikat Pelanggan
Pada zaman bisnes konvensional berkuat kuasa, ramai peniaga tidak mempercayai kemudahan teknologi dapat membantu mereka untuk mengembangkan bisnes dan mendominasi industri. Tetapi hari ini, bisnes yang rugi dan ketinggalan jauh ke belakang adalah bisnes-bisnes yang tidak menitik beratkan mengenai isu ini.Asasnya, dalam mana-mana perniagaan, selagi mana kita berjaya membuat pelanggan kita gembira dari mana-mana aspek, ia akan membantu pertumbuhan ekonomi bisnes.
Apabila pelanggan gembira dengan produk dan sistem operasi bisnes (seperti cara untuk membeli barang secara online), maka peluang untuk bisnes kita lebih maju adalah tinggi.
Analisis-analisis dalam organisasi Google juga mendapati, dalam masa 4 tahun akan datang (tahun 2015), setiap seorang manusia di muka bumi ini akan mempunyai smart phone mereka sendiri.
Apa Itu GoMo?
GoMo adalah singkatan daripada ayat ‘Go Mobile’. Ia adalah projek inisiatif yang dibangunkan oleh syarikat Google. Tujuannya untuk membantu lebih ramai pemilik bisnes tempatan dan luar negara untuk mengambil kesempatan bagi menepati sasaran penggunaan internet menerusi mobile browsing sites menjelang tahun 2013.Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk membuka satu lagi peluang baru kepada syarikat pengiklanan untuk menggunakan pengiklanan secara mobil (mobile ads). Google mensasarkan keuntungan akan meningkat sebanyak USD2.5 bilion sekiranya pengiklanan secara mobil ini diterima ramai.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web GoMo hari ini dan ketahui bagaimana laman web bisnes kita boleh diselaraskan dengan perkembangan mobile browsing sites.