Berita Harian: Irfan Khairi cetus revolusi perniagaan Internet

Mengimbau langkah pertamanyamenceburi perniagaan, Irfan Khairi berkata, ia bermula sejak pengajiannya dalam bidang reka bentuk multimedia di Unioverti Staffordshire United Kingdom (UK) dengan berniaga secara kecil-kecilan. Selain itu beliau bekerja sambilan sebagai tukang cuci di pasaraya Kwik Save di UK untuk mengumpul wang bagi membeli buku dan menghadiri bengkel motivasi serta perniagaan di negara itu sepanjang 2 tahun pengajian.


rev_paper_ik.jpg
Jika mahu berniaga, tidak perlu tunggu hingga dapat sarjana pengurusan perniagaan baru hendak mulakan perniagaan, malah semasa pengajian boleh mula kumpul pengalaman dengan berniaga secara kecil-kecilan dikalangan rakan.
Ilmu perniagaan juga tidak kurang pentingnya, sebab itu saya bekerja sebagai tukang cuci selama 2 jam setiap hari dengan upah kira-kira RM7 mengikut kadar pertukaran wang sekitar 1997-1998 bagi membeli buku dan menghadiri bengkel. - katanya
Antara pendedahan yang memberi kesan terhadapnya menerusi pembacaan dan bengkel dihadiri diluar negara, Irfan Khairi berkata adalah prinsip Pereto Rule 80/20 yang berdasarkan strategi 80% hasil dan 20% usaha.
Prinsip itu, katanya, memberi penekanan mengenai jujur terhadap diri sendiri dengan melakukan perkara yang diminati serta pengurusan masa berkesan kerana jika tidak, apa yang berlaku adalah sebaliknya, iaitu sesorang itu akan meluangkan lebih masa berusaha iaitu 80% dan hanya mendapat 20% hasil….